Wednesday, 25 January 2017

Personal Financing - I MURAH

Bank Islam ada offer untuk personal loan semurah 3.12% ke 3.81% up to 10 yrs tenure. Mungkin ada sesiapa yang perlukan uwang cash bole refer kepada En. Akmal Azam Bin Miswan 012-9249010. Email beliau aazam@bankislam.com.my.

Ini ialah branch BIMB di KL Sentral. Boleh refer kepada branch yang berada berdekatan masing-masing. Financing amount up to RM200,000 bergantung kepada kelayakan.

SYARAT2
JAWATAN TETAP
GAJI KASAR MINIMA (POKOK + ELAUN TETAP) = RM2000 dan ke atas.



SO ape lagi tunggu selamat berhutang...


Tujuan buat loan??

  • Setelkan hutang2 yang punya interest lebih tinggi drp 3.81% especially kad kredit yang merosakkan DSR (Debt Servicing Ratio) tuan-tuan.

  • Campak dalam ASB (HARUS kalau ikut FATWA Kebangsaan) dividen around 7 - 8%. Untung kasar 8% - 3.81% = 4.29%

  • Kalau xnak ASB masuk je dalam Tabung Haji bole tahan tinggi dividen. Yang penting patuh syariah (mereka ada panel syariah).
    1. Tahun 2016 belum diumumkan.
    2. Tahun 2015 bonus tahunan 6% dan bonus haji 3% (untuk yang belum pernah pegi haji) so total 8%.
    3. Tahun 2014 6.25% + 2%.
    4. Tahun 2013 6% + 2%


 

Monday, 11 May 2015

My Komuter

Fakta My Komuter



My Komuter boleh dianggap sebagai generasi ke 2 perkhidmatan tren yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad selepas komuter. Baca sampai bawah untuk kronologi. 

Komuter adalah cara yang mudah untuk akses ke kawasan tarikan pelancongan dan juga sebagai pengangkutan ke tempat kerja bagi warga Lembah Klang.

Perkhidmatan ini mula direalisasikan pada tahun 1995 setelah mengambil kira kepesatan pertumbuhan di Lembah Klang. Untuk mengelakkan kesesakan yang melampau maka terhasillah inisiatif ini di bawah pentadbiran Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) pada ketika itu.

Komuter adalah perkhidmatan tren pertama menggunakan rel yang ditenagakan dengan elektrik di Malaysia (Double Track Electrified Rail system). Hanya selepas itu barulah wujud LRT, Monorel, dan sebagainya. Unit yang digunakan adalah Electric Multiple Unit (EMU) dengan 3 koc @ gerabak penumpang. Selepas beberapa tahun, EMU mulai mengalami masalah demi masalah dan pada tahun 2012 secara rasminya KTMB telah mendapat suntikan tren set yang baru dinamakan sebagai Six Car Set (SCS) dengan 6 koc @ gerabak penumpang. 

Dalam masa yang sama juga telah ada tambahan stesen dan perhentian sehingga ke Tanjung Malim dan Sungai Gadut. Pada asalnya hanyalah Seremban ke Rawang sahaja.


Komuter dan My Komuter

Image result for komuter
EMU unit

Komuter menggunakan set EMU manakala My Komuter menggunakan SCS. Tapi pada masa artikel ini ditulis beberapa EMU masih lagi menjalankan tugas untuk mengurangkan jangka masa menunggu tren. Buat masa sekarang, projek naiktaraf kepada rel elektrik telah sampai ke Padang Besar. Tetapi ini adalah untuk ETS tren ataupun Tren Antarabandar @ Intercity (komuter x sampai sana dik..). Intercity saya akan cover dalam artikel lain nanti. 


Route perjalanan adalah seperti gambar di atas sana. Untuk tren2 SCS, kebanyakan masih baru dan terjaga agak sempurna walaupun cermin2 di kanan dan kiri tren banyak yang pecah dek kerana perbuatan vandalisma. Yang mana cermin ini tidaklah termasuk dalam waranti jika disebabkan vandalisma (apela salah tren tu...)

SCS Unit

Difahamkan buat masa ini juga tren ini masih diselenggara oleh pembekal tren ini melalui kontrak pembekalan yang sama iaitu CSR Zhuzhou Electric Locomotive Ltd. 

Langkah ini agak bijak tetapi sampai bila ia akan berlarutan, no idea. Knowledge transfer? Difahamkan termasuk dalam perjanjian.





Penulis berharap ianya tidak akan mengalami nasib yang sama seperti unit sebelum ini iaitu EMU. 

DMU

Image result for DMU woojin
DMU (electric)

Apa pulak DMU ni. Khabar sepoi2 bahasa mengatakan Diesel Multiple Unit akan bertapak di wilayah Pantai Timur. Ini telah disiarkan di akhbar The Star pada bulan April (saya tak ingat tarikh) bagi menggantikan perkhidmatan gerabak menggunakan Lokomotif sebagai Prime Mover. 

Best sangat ke DMU ni. Well said, ada 3 jenis DMU iaitu, DMU (Electric), DMU (Mechanical) dan DMU (Hydraulic). Kemungkinan besar DMU (Electric) atas sebab keboleharapan dan kos penyelenggaraan yang rendah. Kebanyakan DMU  boleh 'berlari' sehingga 120km/j tetapi trek yang ada kemungkinan tidak boleh menampung kelajuan tersebut. Lagipun nak laju-laju buat apa sebab trek di Pantai Timur banyak yang ada selekoh dan berbukit-bukit. Yang penting adalah kuasa torque dan braking system. 

Banyak company yang keluarkan DMU ni antaranya Woojin yang saya sempat lihat semasa berkunjung ke Railway Solutions Asia pada penghujung April lalu.
Begitu juga Oaris dan syarikat-syarikat gergasi industri keretapi yang lain.

Bila dah nama DMU, so railway operator tak perlu lagi nak install electrified track, jimatla kos membina trek, kos talian atas dan penyenggaraan trek. 

Bersambung....



Sunday, 10 May 2015

Coffee (Chapter I)

Penglibatan dalam kopi.

Sebenarnya saya baru mula belajar meminati kopi ni. Dulu apa yang saya tau kopi ni kopi 'O' dan kopi campur susu. Minat datang bila saya mula belajar minum kopi masa kerja di Flextronics Shah Alam, Seksyen 7, lebih kurang 5 tahun dulu. Bila ada kesempatan pegi training ke luar negara baru boleh minum kopi2 mahal ni. Sebab ada elaun makan untuk oversea jadi tak la terasa sangat.

Bila test minum rase lain lain pulak kopi ni. Bila buat rujukan barula saya tahu yang sebenarnya ada jenis2 kopi ni. Saya akan sentuh sikit2 bab kopi ni. Sebenarnya ada banyak rujukan juga kopi ni tapi kebanyakan dalam bahasa inggeris. Nak buat tesis pon boleh pasal kopi ni (nak abih degree pon extend...).

Market kopi

Kopi ditanam di lebih 70 buah negara seluruh dunia. Negara mana pengeluar kopi terbanyak? 1. Brazil, 2. Vietnam dan 3. Indonesia. So sape2 yang penah pegi 3 negara ni memang akan jumpa banyak kedai2 minum kopi dan kedai menjual kopi yang biji (coffee bean) dan kopi kisar (grind coffee). 3 in 1 tak payah cite la sini ek.

Kopi Luwak? Selalunya Kopi Luwak kat Indonesia dan Vietnam ni memang ada dan mahal sedikit daripada kopi yang lain. Diproses secara natural oleh Asian Palm Civet@ musang. Musang makan, masuk perut digestion, keluarla najis musang dengan biji kopi yang kurang pahitnya. Saya belum pernah rasa sendiri. Rasa macam tak sampai hati pulak, kesian musang tu.

2 jenis yang paling biasa ditanam adalah dari jenis Arabica dan Robusta (stronger and bitter). Nescafe dan seangkatan dengannya adalah kopi segera (instant). Ekstrak drp arabica. Easy to brew. Hanya bancuh dengan air panas, air tak panas pon boleh dissolve tapi bau tak naik.

Malaysiaku tercinta pun ada juga keluarkan kopi tapi tidak termasuk dalam 20 negara terbesar pengeluar kopi, terutamanya di Sabah. Antara contoh kilang kopi yang saya tahu ialah di Melaka (Kopi Ong Hup Lee), Johor (Kopi Muor) dan Kedah (Kopi Gantang). Mungkin ada lagi tapi yang ni yang saya tahu dan pernah pergi.

Ada banyak lagi ni nak cerita pasal espresso, americano, caffe latte, cappucino dan caffe machiato. Pas tu pasal mesin coffee maker, foam maker, macamane nak buat froth. Itu semua dalam Chapter II.


Snackers TM Beverages

Snackers TM Beverages

Snackers ialah satu pemain baru dalam pasaran air minuman di Malaysia. saya boleh katakan ia adalah sejenis minuman yang pasti akan disukai oleh kanak2, bahkan juga dewasa. Lebih tepat lagi dipanggil air jeli berperisa buah-buahan. Rujuk gambar di bawah. Setakat ini ada 3 perisa dikeluarkan oleh pihak Snackers TM, iaitu oren laici, oren strawberi dan mangga. Harga cuma RM1.00. 

Tahap manis yang bersesuaian (orang kata manis buah). Sangat sedap, kalau saya masih kanak-kanak riang mesti beli sampai habis duit singit singgit tu. 


Semurah RM1
Oren laici
Oren Strawberi
Mangga

Sejarah Produk

100% produk muslim, founder juga adalah seorang anak bumiputera yang pernah bekerja di syarikat ONG. Bosan dengan karenah bos2 dan keinginan untuk berdikari mendorong anak watan ini mengambil langkah drastik (tapi dengan bijak la). Beliau buat eksperimen sendiri dan jual sendiri di depan2 sekolah. Resultnya...memang tak menang tangan. Memang wajib dalam perniagaan lagi2 benda baru akan ada jatuh bangunnya. Pernah satu ketika beliau hampir patah semangat, tetapi bangkit dengan azam baru dan berada di mana beliau berada sekarang. 

Owner company kata (dengan merendah diri) "Saya buat bisnes untuk duit2 reject je. Mane ade orang sibukkan duit singgit ni, bang." Tapi memang dia buat duit dengan duit reject ni. Alhamdulillah pasaran semakin berkembang biak dengan jayanya, in fact ada agen di Palembang, Indonesia. 

Company baru beroperasi 2 tahun menurut towkey. Beroperasi menggunakan mesin automatik baru 2 bulan. sebelum ni guna manual and semi auto, agak berpeluh juga nak menyiapkan order.


Agen dan Stokis

Amat diperlukan. Saya sendiri pun dah jadi agen (stokis modal agak besar...) utk cover area saya di Kg Rantau Panjang, Klang dan sekitar jika diperlukan. Boleh saje mana-mana pun.


In sha Allah by Jun nanti packaging baru lebih cun dan informative. Sesiapa yang berminat nak beli atau nak jadi agen dan stokis boleh contact saya, Naim +6019-7046994 or direct ke Founder merangkap MD, Mr Iezam Afiffan +6012-2576837. Ofis beliau berada di Bandar Bukit Puchong, Puchong.


Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan yang berminat nak jadi stokes atau agen boleh try call nombor baru big boss 011-2362 8700.