Monday, 11 May 2015

My Komuter

Fakta My Komuter



My Komuter boleh dianggap sebagai generasi ke 2 perkhidmatan tren yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad selepas komuter. Baca sampai bawah untuk kronologi. 

Komuter adalah cara yang mudah untuk akses ke kawasan tarikan pelancongan dan juga sebagai pengangkutan ke tempat kerja bagi warga Lembah Klang.

Perkhidmatan ini mula direalisasikan pada tahun 1995 setelah mengambil kira kepesatan pertumbuhan di Lembah Klang. Untuk mengelakkan kesesakan yang melampau maka terhasillah inisiatif ini di bawah pentadbiran Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) pada ketika itu.

Komuter adalah perkhidmatan tren pertama menggunakan rel yang ditenagakan dengan elektrik di Malaysia (Double Track Electrified Rail system). Hanya selepas itu barulah wujud LRT, Monorel, dan sebagainya. Unit yang digunakan adalah Electric Multiple Unit (EMU) dengan 3 koc @ gerabak penumpang. Selepas beberapa tahun, EMU mulai mengalami masalah demi masalah dan pada tahun 2012 secara rasminya KTMB telah mendapat suntikan tren set yang baru dinamakan sebagai Six Car Set (SCS) dengan 6 koc @ gerabak penumpang. 

Dalam masa yang sama juga telah ada tambahan stesen dan perhentian sehingga ke Tanjung Malim dan Sungai Gadut. Pada asalnya hanyalah Seremban ke Rawang sahaja.


Komuter dan My Komuter

Image result for komuter
EMU unit

Komuter menggunakan set EMU manakala My Komuter menggunakan SCS. Tapi pada masa artikel ini ditulis beberapa EMU masih lagi menjalankan tugas untuk mengurangkan jangka masa menunggu tren. Buat masa sekarang, projek naiktaraf kepada rel elektrik telah sampai ke Padang Besar. Tetapi ini adalah untuk ETS tren ataupun Tren Antarabandar @ Intercity (komuter x sampai sana dik..). Intercity saya akan cover dalam artikel lain nanti. 


Route perjalanan adalah seperti gambar di atas sana. Untuk tren2 SCS, kebanyakan masih baru dan terjaga agak sempurna walaupun cermin2 di kanan dan kiri tren banyak yang pecah dek kerana perbuatan vandalisma. Yang mana cermin ini tidaklah termasuk dalam waranti jika disebabkan vandalisma (apela salah tren tu...)

SCS Unit

Difahamkan buat masa ini juga tren ini masih diselenggara oleh pembekal tren ini melalui kontrak pembekalan yang sama iaitu CSR Zhuzhou Electric Locomotive Ltd. 

Langkah ini agak bijak tetapi sampai bila ia akan berlarutan, no idea. Knowledge transfer? Difahamkan termasuk dalam perjanjian.





Penulis berharap ianya tidak akan mengalami nasib yang sama seperti unit sebelum ini iaitu EMU. 

DMU

Image result for DMU woojin
DMU (electric)

Apa pulak DMU ni. Khabar sepoi2 bahasa mengatakan Diesel Multiple Unit akan bertapak di wilayah Pantai Timur. Ini telah disiarkan di akhbar The Star pada bulan April (saya tak ingat tarikh) bagi menggantikan perkhidmatan gerabak menggunakan Lokomotif sebagai Prime Mover. 

Best sangat ke DMU ni. Well said, ada 3 jenis DMU iaitu, DMU (Electric), DMU (Mechanical) dan DMU (Hydraulic). Kemungkinan besar DMU (Electric) atas sebab keboleharapan dan kos penyelenggaraan yang rendah. Kebanyakan DMU  boleh 'berlari' sehingga 120km/j tetapi trek yang ada kemungkinan tidak boleh menampung kelajuan tersebut. Lagipun nak laju-laju buat apa sebab trek di Pantai Timur banyak yang ada selekoh dan berbukit-bukit. Yang penting adalah kuasa torque dan braking system. 

Banyak company yang keluarkan DMU ni antaranya Woojin yang saya sempat lihat semasa berkunjung ke Railway Solutions Asia pada penghujung April lalu.
Begitu juga Oaris dan syarikat-syarikat gergasi industri keretapi yang lain.

Bila dah nama DMU, so railway operator tak perlu lagi nak install electrified track, jimatla kos membina trek, kos talian atas dan penyenggaraan trek. 

Bersambung....



No comments:

Post a Comment